Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz akan menganjurkan Karnival Mahabbah MJSAA yang akan diadakan di perkarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz Petaling Jaya. Antara aktiviti dan program yang diadakan sepanjang program ialah Larian Amal MJSAA, Pertandingan Futsal, Kursus Asas Memanah, Pertandingan Hafazan Al-Quran,Bicara Mahabbah oleh Ustaz Suhaimi Wakit dan Sembang Santai oleh Dato’ Dr. Hj. Fadzillah Kamsah. Dijemput semua hadir ke Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz pada 28 dan 29 Oktober 2017.